Kembara Foziah
Mengembara bersama-sama. Kenangan selamanya.
Selasa, 5 April 2011
Picture @ Hot Air Ballon
Seperti biasa kami suka bergambar....sebenarnya saya suka mengambil gambar anak-anak dan keluarga....untuk disimpan sebagai kenangan yang terindah......seronok nya kami bersama-sama bersantai dan tak lupa cari makan....jom!!!!
3rd Hot Air Ballon Festival @ Putrajaya
Tanggal 17 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011 telah berlangsungnya festival belon udara panas kali ke 3 di Putrajaya. Acara sepanjang 3 hari itu berlangsung dengan meriah dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara. Banyak negara mengambil bahagian didalam acara ini termasuk negara Jepun. Berbagai-bagai bentuk dan kretiviti belon udara panas yang di terbangkan begitu cantik dan menakjubkan.
Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang kali ini untuk turut serta memeriahkan acara yang berlangsung kerana tahun-tahun sebelumnya kami tidak mempunyai kelapangan. Oleh kerana anak-anak terlalu ingin merasai pengalaman menaiki belon udara panas....jadi suami saya telah mula beratur untuk mendapatkan tiket seawal pukul 3 pagi lagi.....Tiket yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 300 keping sahaja untuk setiap sesi pagi dan petang. Permintaan yang tinggi membuatkan jualan tiket telah berakhir seawal jam 7 pagi lagi.
Alhamdulillah...kami sekeluarga berjaya juga membeli tiket yang dijual serendah rm 5 untuk kanak-kanak dan rm 10 untuk dewasa.

Ahad, 13 Februari 2011
Muzium Negara
Muzium Negara menempatkan berbagai-bagai 'khazanah negara'. Semuanya diselenggara, disimpan dan dipamerkan dengan baik untuk tatapan umum.
Minggu lepas buat kesekian kalinya, kami sekali lagi pergi melawat ke Muzium Negara. Atas permintaan anak perempuan saya kami juga turut menjemput salah seorang teman rapatnya disekolah untuk menyertai lawatan kami kali ini....
Anak-anak bergambar dihadapan pintu masuk Muzium Negara Kuala Lumpur. Keadaan pada hari itu sesak dengan pengunjung yang kebanyakannya dari negara luar....Jika pengunjung luar pun sudah sampai ke Muzium....kita yang belum tu bila lagi?
Kami kini berada betul-betul dipintu masuk ke Muzium Orang Asli yang berada bersebelahan dengan Muzium Negara.Sebelum masuk eloklah kiranya kami mendaftarkan nama dalam buku pendaftaran yang disediakan di setiap pintu masuk.
Gambar di Perpustakaan Negara
Inilah pandangan hadapan Perpustakaan Negara Malaysia. Landskap yang terdapat di bahagian hadapan Perpustakaan Negara. Suasananya begitu santai dan menyenangkan. Jom kita bersama-sama kesana dan membudayakan budaya membaca.........
Khamis, 10 Februari 2011
Perpustakaan Negara
Pernahkah anda ke Perpustakaan Negara? Perpustakaan Negara terletak di Jalan Tun Razak. Secara ringkasnya banyak kemudahan disediakan di Perpustakaan Negara ini.
Biasanya kami sekeluarga akan ke sini bila ada masa terluang, dari dihabiskan di shopping complex...lebih baik membawa anak ke Perpustakaan Kanak-kanak yang disediakan disini.
Biasanya kami sekeluarga akan ke sini bila ada masa terluang, dari dihabiskan di shopping complex...lebih baik membawa anak ke Perpustakaan Kanak-kanak yang disediakan disini.
Perpustakaan Kanak-kanak ini menyediakan kemudahan bahan-bahan bacaan yang boleh dipinjam. Terdapat juga bilik Audio, bilik karoeke dan bilik komputer. Ruang yang luas dan persekitaran yang mesra pengguna membuatkan kami boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya didalam sini. Jadi apakata , bila ada masa, jom lah kita ke Perpustakaan Negara.
Rabu, 9 Februari 2011
Jom Jalan-Jalan
Ada yang kata ini macam iklan seluar.....haha. sebenarnya kami meng"eksperimen"kan teknik fotografi lah konon nya. Saya dan anak suka hasil gambar ini..Kenangan ini diambil di sebuah lokasi di negeri Perak.
Selasa, 8 Februari 2011
Pengenalan
Assalamualaikum.
Buat semua pembaca, pengikut dan peminat kembara....
Sebagai permulaan kembara foziah akan membawa semua meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur semestinya.....sebab nya....di Kuala Lumpur ni terlalu banyak tempat yang menarik, yang mungkin kita biasanya sangkakan tiada apa-apa.....
Seperti kebiasaan , saya akan membawa anak-anak bersama. Kami akan meneroka keindahan alam sekitar sambil bergambar...tak lupa cari "makan". Memang seronok.

Langgan:
Catatan (Atom)