Ahad, 13 Februari 2011

Muzium Negara

Muzium Negara menempatkan berbagai-bagai 'khazanah negara'. Semuanya diselenggara,  disimpan dan dipamerkan dengan baik untuk tatapan umum.
     Minggu lepas buat kesekian kalinya, kami sekali lagi pergi melawat ke Muzium Negara. Atas permintaan anak perempuan saya kami juga turut menjemput salah seorang teman rapatnya disekolah untuk menyertai  lawatan kami kali ini....
     Anak-anak bergambar dihadapan pintu masuk Muzium Negara Kuala Lumpur. Keadaan pada hari itu sesak dengan pengunjung yang kebanyakannya dari negara luar....Jika pengunjung luar pun sudah sampai ke Muzium....kita yang belum tu bila lagi? 

Kami kini berada betul-betul dipintu masuk ke Muzium Orang Asli yang berada bersebelahan dengan Muzium Negara.Sebelum masuk eloklah kiranya kami mendaftarkan nama dalam buku pendaftaran yang disediakan di setiap pintu masuk.

 



Gambar di Perpustakaan Negara

Inilah pandangan hadapan Perpustakaan Negara Malaysia.
Landskap yang terdapat di bahagian hadapan Perpustakaan Negara. Suasananya begitu santai dan menyenangkan. Jom kita bersama-sama kesana dan membudayakan budaya membaca.........

Khamis, 10 Februari 2011

Perpustakaan Negara

Pernahkah anda ke Perpustakaan Negara? Perpustakaan Negara terletak di Jalan Tun Razak. Secara ringkasnya banyak kemudahan disediakan di Perpustakaan Negara ini.
    Biasanya kami sekeluarga akan ke sini bila ada masa terluang, dari dihabiskan di shopping complex...lebih baik membawa anak ke Perpustakaan Kanak-kanak yang disediakan disini.
    Perpustakaan Kanak-kanak ini menyediakan kemudahan bahan-bahan bacaan yang boleh dipinjam. Terdapat juga bilik Audio, bilik karoeke dan bilik komputer. Ruang yang luas dan persekitaran yang mesra pengguna membuatkan kami boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya didalam sini. Jadi apakata , bila ada masa, jom lah kita ke Perpustakaan Negara.

Rabu, 9 Februari 2011

Jom Jalan-Jalan

Ada yang kata ini macam iklan seluar.....haha. sebenarnya kami meng"eksperimen"kan teknik fotografi lah konon nya. Saya dan anak suka hasil gambar ini..Kenangan ini diambil di sebuah lokasi di negeri Perak.

Selasa, 8 Februari 2011

Pengenalan

Assalamualaikum.
Buat semua pembaca, pengikut dan peminat kembara....
Sebagai permulaan kembara foziah akan membawa semua meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur semestinya.....sebab nya....di Kuala Lumpur ni terlalu banyak tempat yang menarik, yang mungkin kita biasanya sangkakan tiada apa-apa.....
    
      Seperti kebiasaan , saya akan membawa anak-anak bersama. Kami akan meneroka keindahan alam sekitar sambil bergambar...tak lupa cari "makan". Memang seronok.