Selasa, 5 April 2011

Picture @ Hot Air Ballon

Seperti biasa kami suka bergambar....sebenarnya saya suka mengambil gambar anak-anak dan keluarga....untuk disimpan sebagai kenangan yang terindah......seronok nya kami bersama-sama bersantai dan tak lupa cari makan....jom!!!!

3rd Hot Air Ballon Festival @ Putrajaya

     Tanggal 17 Mac 2011 hingga 20 Mac 2011 telah berlangsungnya festival belon udara panas kali ke 3 di Putrajaya. Acara sepanjang 3 hari itu berlangsung dengan meriah dan dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara. Banyak negara mengambil bahagian didalam acara ini termasuk negara Jepun. Berbagai-bagai bentuk dan kretiviti belon udara panas yang di terbangkan begitu cantik dan menakjubkan.
    Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang kali ini untuk turut serta memeriahkan acara yang berlangsung kerana tahun-tahun sebelumnya kami tidak mempunyai kelapangan. Oleh kerana anak-anak terlalu ingin merasai pengalaman menaiki belon udara panas....jadi suami saya telah mula beratur untuk mendapatkan tiket seawal pukul 3 pagi lagi.....Tiket yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 300 keping sahaja untuk setiap sesi pagi dan petang. Permintaan yang tinggi membuatkan jualan tiket telah berakhir seawal jam 7 pagi lagi.
    Alhamdulillah...kami sekeluarga berjaya juga membeli tiket yang dijual serendah rm 5 untuk kanak-kanak dan rm 10 untuk dewasa.